SOALAN LAZIM
Soalan 1
Apakah punca kerosakan sesuatu majlis?
Jawapan
Kerosakan majlis yang disebabkan oleh tetamu:
Tidak memberi jawapan kehadiran;
Menjawab lambat iaitu selepas tarikh akhir menjawab;
Jawab hadir tetapi tidak hadir;
Jawab tidak hadir tetapi hadir;
Jawab hadir dengan isteri atau suami tetapi hadir seorang;
Jawab tidak hadir dengan isteri atau suami tetapi hadir dengan isteri atau suami;
Hadir tetapi lewat tiba;
Hadir membawa ‘extra’;
Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai;
Hadir tidak membawa kad jemputan sebagaimana dikehendaki;
Tidak mengikut arahan pegawai lalulintas;
Tidak mengikut arahan pegawai-pegawai penyambut;
Telah menjawab hadir seorang tetapi memaklumkan semula hadir berdua selepas tarikh akhir menjawab atau sebaliknya.