LATAR BELAKANG BAHAGIAN ISTIADAT DAN PROTOKOL



Pada awal kemerdekaan Sabah dalam Malaysia unit Protokol hanya wujud sebagai sebuah unit kecil berbentuk 'adhoc' kepada setiap bermula adanya perayaan, lawatan Orang Kenamaan dan sebagainya. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Tadbir yang dinamakan sebagai Pegawai Protokol. Pegawai Protokol inilah merupakan ketua kepada unit berkenaan dengan dibantu oleh beberapa orang kakitangan yang terhad di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di akhir tahun 70an unit Protokol dikenali sebagai Bahagian Istiadat & Protokol. Mula berfungsi sebagai satu bahagain di Jabatan Ketua Menteri yang benar-benar wujud menangani hal-hal keprotokolan di Negeri ini. Peranan Bahagian ini terserlah apabila Kerajaan Negeri mula memanjangkan perhubungan akrab dengan para pembesar di dalam dan luar negeri dengan cara mempelawa mereka datang ke negeri ini untuk melabur berbagai perusahaan memajukan negeri ini.

Bahagian Istiadat & Protokol, Jabatan Ketua Menteri bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dalam hal-hal berhubung dengan istiadat dan protokol di negeri ini dan yang berkaitrapat dengan pengendalian Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan dan Lawatan-Lawatan Rasmi Kerajaan.

Alamat Perhubungan

Bahagian Istiadat Dan Protokol
Jabatan Ketua Menteri
Aras 27, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

 

Bilangan Pengunjung

18176
Hari Ini78
Semalam96
Minggu Ini431
Bulan in2193
Keseluruhan18176

Hak Cipta © 2020 Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri Sabah.
PENAFIAN: Pentadbir dan pengendali laman ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman ini

Dikemaskini Pada : 23-Oct-2020
Paparan terbaik menggunakan pelayar Safari, IE8, Mozila Firefox, Google Chrome