FUNGSI UTAMA


Bertanggungjawab Terus Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Untuk:

  1. Membantu mengendali dan menyelaras majlis-majlis rasmi kerajaan.
  2. Membantu mengendali dan menyelaras lawatan-lawatan rasmi Kerajaan.

 

Bagi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Seperti:

  1. Majlis Raja-Raja;
  2. Persidangan Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri;
  3. Persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri;
  4. Maulidulrasul S.A.W.;
  5. Ulangtahun Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong;
  6. Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri;
  7. Hari Kemerdekaan;
  8. Istiadat Jamuan/Santapan Negeri;
  9. Maal Hijrah;
  10. Hari Pahlawan;
  11. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri;
  12. Pesta Menuai Peringkat Negeri;
  13. Istiadat Pengkebumian Pembesar Negeri; dan
  14. Semua Acara-Acara Rasmi Yang Penting Di Mana Kerajaan Negeri Terlibat Secara Langsung.

 

Bagi Lawatan-Lawatan Rasmi Kerajaan Seperti:

  1. Lawatan Rasmi SPB Yang di-Pertuan Agong Dan DYMM Sultan-Sultan, Raja-Raja, Yang di-Pertua Negeri-Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Dan Exco-Exco Ke Negeri Sabah; dan
  2. Lawatan Rasmi Pelawat-Pelawat Negara Asing.

 

 

FUNGSI SEKSYEN ISTIADAT DAN PROTOKOL

Seksyen Istiadat dan Protokol bertanggungjawab menyelaras Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan bermula dari menghadiri mesyuarat sehinggalah majlis/ lawatan selesai.

Seksyen Istiadat dan Protokol akan bekerjasama dengan Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan dalam penyediaan kad jemputan, penghantaran kad jemputan, susulan kehadiran jemputan, penyediaan 'Tagging', Pembantu Pegawai Penyelaras dan Pembantu Majlis untuk memudahkan tugas Pegawai Penyelaras dari Seksyen Istiadat dan Protokol yang mana bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelaras dan membuat susulan sesuatu majlis/ lawatan dari masa ke masa.

 

FUNGSI SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan, Bahagian Istiadat dan Protokol, pada keseluruhannya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara:-

  1. Penyediaan Kad Jemputan;
  2. Penghantaran Kad Jemputan;
  3. Susulan Kehadiran Jemputan;
  4. Pengurusan Sumber Manusia;
  5. Pengurusan Kenderaan;
  6. Pengurusan Perkara-Perkara Yang Melibatkan Kewangan/Aset;
  7. Pengurusan Fail;
  8. Pengurusan Am; dan
  9. Pelaksanaan Dasar-Dasar Baru Kerajaan.

 

FUNGSI SRI GAYA

Sri Gaya adalah Rumah Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Sabah dan urusan rasmi melibatkan YAB Ketua Menteri seperti kunjungan hormat dan majlis rasmi Kerajaan yang sederhana.  Dipantau oleh 2 orang kakitangan dari segi keselamatan dan kebersihan bangunan.  Arahan tugas harian kedua-dua kakitangan ini yang melibatkan makan/minum adalah terus dari pejabat YAB Ketua Menteri.

 

 

FUNGSI 'VIP' ROOM

Mengurus Keberangkatan Tiba dan Keberangkatan Berlepas Penumpang-Penumpang Kenamaan (VIP) dan Tetamu Khas Kerajaan Negeri.

 

Alamat Perhubungan

Bahagian Istiadat Dan Protokol
Jabatan Ketua Menteri
Aras 27, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

 

Bilangan Pengunjung

18176
Hari Ini78
Semalam96
Minggu Ini431
Bulan in2193
Keseluruhan18176

Hak Cipta © 2020 Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri Sabah.
PENAFIAN: Pentadbir dan pengendali laman ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman ini

Dikemaskini Pada : 23-Oct-2020
Paparan terbaik menggunakan pelayar Safari, IE8, Mozila Firefox, Google Chrome