PERUTUSAN PENGARAH



Salam Sejahtera,


pengarah editSelamat datang ke Portal Rasmi Bahagian Istiadat dan Protokol. Bahagian Istiadat dan Protokol (BIP) merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan serta menyelaras semua aspek pengendalian Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan yang dikendalikan di Negeri Sabah untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar dan licin mengikut peraturan atau amalan protokol yang betul.


Dalam melaksanakan tugas ini ianya memerlukan komitmen daripada semua warga BIP dan kerjasama semua Agensi/Institusi/Individu yang terlibat sesuai dengan Piagam Pelanggan Jabatan. Tugas BIP semakin mencabar ekoran beberapa perkembangan baru seperti pewujudan Agensi/Institusi baru serta jawatan-jawatan atau kedudukan baru yang memerlukan pengimbangan dari segi pemakaian Senarai Susunan Keutamaan Negeri yang sedang digunapakai kini.


Tambahan pula, kekerapan dan bilangan majlis semakin bertambah di mana ianya merupakan anjuran nasional mahupun antarabangsa. Dalam mengendali aspek protokol dalam hal ini memerlu bukan sahaja komitmen tetapi kemahiran, pengalaman dan pendedahan yang meluas agar segala layanan yang dikendalikan oleh BIP bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah adalah yang terbaik mungkin dan dapat memberi kepuasan hati semua pihak yang terlibat.
Portal Rasmi BIP ini diwujudkan untuk mendekatkan lagi BIP dengan Agensi/Institusi dan orang awam dengan memberi penjelasan dan bantuan serta maklumat rujukan yang berkaitan dengan peranannya.


Portal ini merupakan yang pertamanya, dan segala kekurangan adalah tidak dapat dinafikan. BIP akan sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa untuk menyediakan informasi yang tepat, relevan dan terkini untuk dikongsi bersama.
Saya berharap portal ini akan menjadi rujukan dan ruang diskusi untuk semua. Saya mengalu-alukan pandangan dan kritis yang membina demi memastikan kemajuan portal ini.


Selamat melayari Portal Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol.


Sekian, terima kasih.


CHRISTOPHER LINGAM
Pengarah Istiadat & Protokol

Alamat Perhubungan

Bahagian Istiadat Dan Protokol
Jabatan Ketua Menteri
Aras 27, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

 

Bilangan Pengunjung

18172
Hari Ini74
Semalam96
Minggu Ini427
Bulan in2189
Keseluruhan18172

Hak Cipta © 2020 Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri Sabah.
PENAFIAN: Pentadbir dan pengendali laman ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman ini

Dikemaskini Pada : 23-Oct-2020
Paparan terbaik menggunakan pelayar Safari, IE8, Mozila Firefox, Google Chrome